Malay


10 August 2023

VOCCAST

Pernahkah anda mengikuti VOCCAST? VOCCAST kini masuk musim yang ketiga dan kali ini berkolaborasi dengan Audio+. Banyak kupasan mengenai apa yang berlaku di sekeliling bersama barisan hos yang santai, Ally Iskandar, Aiman, Helmie dan Intan. ... More episodes »

August 10, 2023




3 July 2023

PM Kool 101

Interaksi semasa dan sosial untuk verifikasi kebenaran informasi bersama Hanif & Marsila. Dengarkan PM Kool di Kool 101, Isnin hingga Jumaat, 2 petang – 7 malam. ... More episodes »

July 03, 2023



31 May 2023

Better Call Sukan

Better Call Sukan dihoskan oleh Arief Danial dan Khal akan membawa anda mendalami dunia sukan daripada akar umbi sehingga ke tahap profesional. Tetamu-tetamu yang mereka bawakan merupakan orang-orang hebat yang berada di dalam bidang sukan. Podcast ini akan membuka minda anda tentang sukan, bukan sahaja sebagai pemain, tetapi juga daripada mereka yang berada di sebalik sebuah individu & pasukan. ... More episodes »

May 31, 2023


12 May 2023

Musuh Netizen

Musuh Netizen sebuah podcast bersama Jack Jafni & Ariff Peter yang membincangkan isu-isu panas yang berlaku dengan cara mereka sendiri dan yang pastinya akan buat korang pecah perut! ... More episodes »

May 12, 2023


27 March 2023

Diari Alia #SeindahKasih

Sempena Ramadan kali ini, jangan terlepas ikuti Drama radio Diari Alia yang dibawakan oleh Seindah Kasih dimana mengisahkan perjalanan Alia sebagai salah seorang krew skuad seindah kasih yang melalui pelbagai cabaran yang akhirnya mengajarkan erti kasih sayang dan kemaafan. Bagaimanakah Alia lalui segala cabaran tersebut? Diari Alia dibintangi oleh barisan pelakon suara latar yang hebat antaranya Nora Danish, Muaz, Fizi Ali, Mek Zura dan ramai lagi. Dengarkan Drama radio Diari Alia di Audio+ yang dibawakan oleh Seindah Kasih. ... More episodes »

March 27, 2023



1 March 2023

Keluar Sekejap (KS)

Episod Pilot Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan kini telah pun ke udara. Podcast Keluar Sekejap akan merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. Nantikan kemunculan episod pertama bermula minggu pertama Mac 2023 ... More episodes »

March 01, 2023


17 February 2023

POPADAM Podcast

Sesi sembang sempoi tiga orang jejaka. Pop, Adam dan Ayed bersama tetamu-tetamu yang membincangkan dan bertukar pendapat masing-masing tentang isu-isu sosial mahu pun perdebatan hangat ragam kehidupan. Dengarkan sembang marhaen POPADAM PODCAST! Episod baharu setiap minggu di Audio+ ... More episodes »

February 17, 2023


17 November 2022

Bisikan Kerajaan Langit

Sara, seorang wartawan bermula menyiasat suatu insiden yang pelik apabila influencer, Ryan Durden menyiarkan pencerobohan haramnya di perkarangan Kerajaan Langit yang sudah lama ditinggalkan. Ryan menemui pita kaset dengan rakaman luar biasa di dalam tiga rumah anak patung kayu. Siapa yang merakam kaset itu dan apa matlamatnya? Dalam penyiasatannya, Sara disertai oleh pelbagai pihak termasuk Salmah seorang penghuni perkampungan Kerajaan Langit dan Inspektor Yusuf, seorang pegawai polis dengan cita-cita yang besar. Semakin mendalam Sara menyiasat kes ini, semakin dia meletakkan dirinya dalam bahaya dari sasaran yang dia tidak dapat bayangkan Bisikan Kerajaan Langit adalah hasil fiksyen yang sedikit sebanyak diolah daripada peristiwa bersejarah. Follow dan subscribe podcast ini untuk terus mendengarkan episod akan datang Produced by ZAG Studios Director: V.G. Ravyn Manogaran Writer: Aina Izzah Sara: Aween Ismail Ryan: Imran Aqil Salmah: Mawar Roseka Inspector Yusof: Adli Shinichi Sound Design: Kael Script Consultant: Deli Saha Media Prima team: Aishah Hayatuddin, Prakesh Swaminathan, Adam Sulaiman, Nur Farhanah Karmila   ... More episodes »

November 17, 2022


12 September 2022

25 Tahun, PTPTN Cemerlang Menongkah Masa

Bersempena 25 Tahun PTPTN ditubuhkan dalam menjayakan pendemokrasian pendidikan negara, sebuah temubual eksklusif dihoskan oleh Fizi Ali bersama pelanggan PTPTN yang berjaya mencapai cita-citanya dan membuat perancangan kewangan bersama PTPTN. Pelbagai pengetahuan dan manfaat yang dikongsikan berkenaan PTPTN di dalam podcast ini. ... More episodes »

September 12, 2022


8 August 2022

Kerusi DJ Nazz

Bersama DJ Nazz dan tetamu-tetamu antaranya daripada para artis dan selebriti terkenal, perbualan yang menyingkap serta menyelami kehidupan dan realiti sebenarnya anak seni didalam industiri hiburan tanah air. ... More episodes »

August 08, 2022


9 July 2022

Ini Aku, Shuk Sahar

Sebuah podcast mendedahkan kebenaran Shuk Sahar berhubung salah lakunya yang ‘viral’ di Malaysia, walaupun terkenal sebagai selebriti dan pelawak berbakat, kini beliau dikenali sebagai Ikon Curang Malaysia. ... More episodes »

July 09, 2022


18 April 2022

Malpraktis Universiti

Pada kemuncak pandemik, seorang pakar psikologi berdepan masalah besar di rumah dan mula berasa situasinya berada di luar kawalan, menyebabkannya terpaksa menangani kejadian yang tak dijangka bersama pesakitnya. ... More episodes »

April 18, 2022


13 April 2022

Angkara

Sebuah podcast eksklusif yang akan mengupas kes-kes jenayah berprofil tinggi & dahsyat yang berlaku di Malaysia. Angkara bersama Amat dan tetamu jemputan akan merungkai dengan lebih mendalam kisah di sebalik sebuah jenayah. ... More episodes »

April 13, 2022




Muat turun sekarang
Muat turun sekarang